Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 29 Julai 2010

Sikap burok manusia......dan akibat dari sikap burok tu...

Baru2 nie telah berlaku kejadian yg sepatutnya membuka mata n perasaan peminat2 rekreasi serta Persatuan2 Rekreasi. Tapi pada pengamatan saya ramai masih bersikap.."ah nie tak akan berlaku pada aku"... Malah tiada usaha oleh NGO Rekreasi utk memastikan yg perkara ini tidak akan berulang lagi, Adakah kita mahu kawasan2 riadah di tutup kerana sikap tidak bertanggung jawap kita sendiri? Kerana semua yg berlaku adalah berpunca dari sikap pengotor kita sendiri...

Apabila tiada kemudahan kita akan meminta ianya disediakan tetapi apabila kemudahan disediakan kerajaan, kita tak tahu nak hargai n menjaga ape yg diberikan, malah dgn angkuhnya kita terus meminta lagi.

Sebab kita selalu kata, itu tanggung jawab kerajaan utk sediakan kemudahan, tapi apa pulak tanggung jawab kita? Tidak perlukan kita menjaga segala kemudahan awam. Dirumah kita diajar oleh org tua supaya jaga kebersihan rumah, Adakah menjaga kebersihan nie hanya di rumah je? 



Kejadian yg terjadi di Lubok Yu, Maran, Pahang tu disebabkan leh kita sendiri. Kerana bakteria yg ada disana hanya akan berlaku jika kekotoran n sampah2 tak diuruskan, dan semua tu datangnya dari mereka yg berniaga, berkelah n berkhemah di sana.

Setiap org mengharapkan org lain utk membersihkan sampah mereka, malah mereka akan marah jika org lain tinggalkan sampah di sekitar kawasan berkelah n perkhemahan, tapi mereka sendiri akan membuang sampah merata2.


Jika tiada sampah2 n sisa2 makanan di kawasan2 nie , sudah tentu tikus2 tidak akan berada di tapak perkhemahan. Kawasan2 perkhemahan seperti di Lolo, Pacat(nuang), G Datuk, G Angsi  dan banyak lagi kawasan perkhemahan di Malaysia terdapat tikus yg berkeliaran mencari makanan di waktu malam, 


Jadi sebelum kawasan rekreasi kegemaran kita dicemari seperti di Lobuk Yu, marilah kita ramai2 menjaga kebersihan kawasan tersebut, amalkan pepatah yg saya petik dari Malaysia Nature Society
   "Take Nothing, but Photograph
     Leave Nothing , but Footprints
     Waste Nothing but Time"
" Jangan mengambil apa-apa melainkan mengambil gambar, 
   Jangan tinggalkan apa-apa melainkan kenangan
   Jangan buang apa-apa melainkan membuang masa"




10 mangsa Lubuk Yu sah dijangkiti melioidosis, leptospirosis


2010/07/23

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan bahawa 10 daripada 19 mangsa yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa lemas di Hutan Lipur, Lubuk Yu, dekat Maran bulan lalu dijangkiti bakteria "melioidosis" dan "leptospirosis".

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Hoh Khai Mun, yang menerima menerima keputusan ujian sampel darah mangsa semalam.
Katanya, enam mangsa disahkan dijangkit bakteria melioidosis manakala empat lagi dijangkiti oleh kedua-dua bakteria tersebut dan sembilan lain bebas dari jangkitan itu.
Katanya, sampel darah diambil terhadap mangsa dan juga enam penduduk kampung yang meninggal dunia dalam tempoh seminggu selepas operasi itu bermulai 26 Jun hingga 30 Jun lalu.

Bakteria melioidosis disebabkan air dan tanah manakala leptospirosis pula ialah virus air kencing tikus.

"Sehingga kini jumlah mangsa yang masih menerima rawatan adalah enam orang iaitu tiga di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, dua di Hospital Jengka dan seorang di Hospital Selayang, Selangor," katanya selepas melancarkan Kempen Tanpa Beg Plastik Peringkat Pahang di sini hari ini.

Hoh berkata, pihaknya mengesyaki kira-kira 148 orang mengalami simpton jangkitan tersebut berbanding 83 orang sebelum ini.
"Namun mereka hanya disyaki mengalami simpton seperti demam, batuk dan pening," katanya.

Pada 10 Julai lalu, kawasan perkelahan Lubuk Yu diarahkan ditutup serta-merta selepas enam orang maut manakala 83 orang pula dijangkiti bakteria leptospirosis.

Semalam, seramai 52 kakitangan dan pegawai daripada beberapa agensi kerajaan mula membersihkan kawasan itu bagi memastikannya bebas daripada virus tersebut. - BERNAMA



Clean- Up, Disinfections At Lubuk Yu Waterfall

Cleaning up Lubuk Yu waterfall. Pic: Mohd Faizol
MARAN, July 22 (Bernama) -- A massive clean-up was carried out at the Lubuk Yu waterfall site here today following the death of six people from bacterial infection recently.

Fifty-two personnel from state Health, Forestry, Veterinary, Water Supply, and Wildlife and National Parks, and the Maran District Council carried out the task.

Pahang Health director Datuk Dr Rosnah Ismail said the cleaning-up operation entailed carrying out disinfections at the site.

She said the bacterial infection was under control as it was expected to last until July 28 based on its longest incubation period where the possibility of infection was 28 days after exposure to the bacteria.

"Lubuk Yu is still closed to the public until it is certified safe," she told reporters at the scene.

A state Natural Disaster Relief Committee was set up after news on the infection unfolded when six men died one week after they were infected by bacteria during an operation to locate two drowning victims.

Five of the villagers died of melioidosis - caused by a water and soil-borne bacteria - while the sixth person died of leptospirosis (caused by bacteria in rat urine).

-- BERNAMA

Ape tu Leptospirosis 

Tiada ulasan: