Selasa, 22 Jun 2010

Kecederaan masa mendaki..

Salam 1Malaysia, semalam 21/6/2010 saya telah mendaki Bukit Broga bersama kawan dari Melaka, Trip Broga nie adalah pendakian pertama beliau sebelum menceburkan diri dalam aktiviti mendaki, Bagi saya pendakian Bukit Broga adalah sekadar ujian utk menilai kecederaan ketin kanan "tendon" saya telah pulih atau pun tidak, keputusan nya ialah ia belum pulih 100% .


Betul lah yg dibagitau doktor yg merawat aku tempuh hari, rehatkan kaki selama dua minggu.. lagipun au baru rehatkan kaki nie 10hari jadi kene lah gantungkan kaki hingga hujong minggu nie. Sebenarnya kecederaan nie dah lama dah, kaki nie cedera masa cuti Wesak, aku naik Gunung Nuang dgn ahli PAT. ketika xpidisi nie sorang ahli PAT juga telah terseliuh kaki ketika sampai di basecamp Lolo awal pagi jumaat tu. jadi aku mengambil keputusan utk merehatkan semua ahli PAT pada Jumaat dan pendakian ke puncak Nuang hanya akan diteruskan pada hari sabtu. 
 Kecederaan kaki nie berlaku ketika turun dari Puncak Nuang masa tu dah lepas dari puncak Pengasih dan dlm perjalanan ke Dataran Pacat. Walaupun cedera, aku tidak menunjukkan pada ahli2 lain sebab tak sakit sgt pun masa tu tapi masa balik hari ahad , disebabkan beban beg n perjalanan 6km dari lolo ke Ranger sakit ketin tu muncul walhal aku pada mulanya mendahului kumpulan masa keluar tapi aku pulak yg akhir sampai ke Ranger. 

Kesakitan di kaki tidak aku perdulikan, ingat sakit otot je hilanglah dlm dua tiga hari.. Kecederaan ini muncul semula ketika aku membuat reccee trip ke Gunung Bunga Buah.

Trip Bunga Buah nie kira trip terjah buta, sebabnya aku tak pernah naik Gunung Bunga Buah dan banyak yg aku dengar citer. pasal gunung nie memang terkenal dikalang pendaki gunung.
Jadi masa aku mendaki gunung nie aku hanya berpandukan catatan pendaki lain yg ada dalam internet dan pertunjuk yg diletakkan di trek ke Gunung Bunga Buah.

Kesakitan dikaki kanan nie mula terasa ketika hendak sampai puncak gunung bunga buah, tapi aku buat tak peduli. ketika balik aku dah mcm org cacat jalan tak ok bagus juga aku mengunakan tongkat n dapat lah keluar tanpa apa-apa masaalah besar walaupun kesakitan teramat sakit, Allah saje yg tahu.

Balik dari bunga buah aku telah mencari kawan yg boleh mengurut, tapi masih lagi sakit dan aku mengambil keputusan utk berjumpa doktor.

" saya rasa encik kene rehatkan kaki tu selama dua minggu, biarkan dia sembuh betul2 baru encik mulakan mendaki" tu yg dikatakan doktor masa aku membuat pemereksaan kaki ku...

Jadi semalam aku naik broga utk menguji kaki n keputusan nya kaki belum sembuh betul,jadi aku kene rehatkan kaki nie.