Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 13 Mei 2010

Perkhemahan di Puncak Gunung Datuk.... 15/5/2010

Sebelum ekspidisi 
Persiapan untuk berkhemah perlu dilakukan awal, baik diri n peralatan.Antara Peralatan yg Penting utk Expidisi ialah Beg Galas anda, Untuk pekhemahan yg melibatkan 2 hari 1 malam, beg yg bersaiz 45 adalah yg sesuai namun ada yg membawa beg yg lebih dari 45 liter.
Jadi apabila menyediakan peralatan utk mendaki, pastikan yg lampu suloh tidak di tinggalkan.
Tips terbaik ketika menyediakan peralatan mendaki ialah anda ada satu senarai rujuk peralatan. kalau main ingat saja, sudah pasti ada yg tertinggal.

Diri............. Bawa diri dengan sikap terbuka, Trip ini akan bermula lepas mkn tengah hari. kita akan mendaki untuk kesihatan sambil menikmati flora dan fuana disepanjang perjalanan ke tapak perkhemahan di atas Gunung.

Kesihatan... Kesihatan nie perkara yg perlu diambil perhatian. jika anda menyertai pendakian ni saya beranggapan yg anda sihat dan tidak ada masaalah kesihatan sehingga boleh merbahayakan diri sendiri. bagi mereka yg ada sakit seperti athma, darah tinggi, kencing manis, anda perlu membawa ubat sendiri dan MAKLUMKAN masaalah pada saya, supaya saya tahu bagaimana hendak bertindak apabila sesuatu berlaku pada diri anda.
Jika anda pernah melalui apa-apa pembedahan dalam tempuh enam bulan terdekat sila dapatkan nasihat dari doktor anda.


Fizikal..... Kumpulan ini terdiri dari dua tahap fizikal, jadi pada peserta yg belum begitu "fit" geraklah dengan langkah yg perlahan jangan di ikut kawan yg cergas tu, nanti anda akan "pancit" cepat.

Pakaian.....Pakaian untuk dibawa keatas ialah pakaian tido saje, kita gunakan balik pakaian yg dipakai semasa naik sebelumnya untuk turun. nanti dibawah bolehlah tukar pada pakaian untuk balik. tinggalkan persalinan utk balik dlm kereta, jangan lupa membawa baju hujan n baju sejuk ketika hndak berkhemah nanti.

Kasut........... Kasut Hiking adalah yg terbaik tetapi jika ada yang nak memakai kasut getah(adidas kampong) pun boleh. kalau anda memakai kasut sukan, saya masihatkan anda supaya berhati2 bila hendak menuruni kawasan curam bila hari hujan...Jangan anda mengunakan sandal atau pun selipar jepun untuk naik dan turun gunung, ini akan membawa padah pada anda. bagaimanapun anda mesti bawa selipar utk dipakai di tapak perkhemahan.

Peralatan Peribadi........ Saya harap semua dapat membawa beg galas sendiri yg sekurang2 nya 45 liter, ini ialah kerana anda perlu membawa peralatan sendiri dan bukan tumpang barang pada beg kawan anda.
(senarai dibawah ini merupakan senarai rujukan. anda sendiri menilaikan yg mana perlu dibawa)Yg berwarna merah tu wajib dibawa.
Senarai Rujuk Peralatan/ 
Equipment Check List
1.topi
2.kasut mendaki

3.lampu suloh kecil
4.pisau kecil
5.kit pertolongan cemas
6.kamera
7.radio kecil(dilarang utk mendengar radio semasa mendaki)
8.pakaian utk balik( tinggal di bawah), pakaian utk tido
9.selipar
10.snak (ketika mendaki)
11.pen n buku nota kecil
12.gps 

13.bateri tambahan
14.Ground sheet/pelapik duduk
15.hamock
16.tali 6mm -panjang15meter
17.bekas air (minum dan masak)

18.baju hujan/payung
19.beg plastik (spare)

20.Fly Sheet 
21.Sleeping Bag 
22.Sleeping Mat/Pelapik Tidor 
23.Jaket Wind Breaker 
24. ubat-ubatan peribadi
25. Khemah

Makanan.....Anda perlu membawa Air utk mendaki , sebaik2nya minuman isotonik seperti 100plus, Gatorade, Revive dan minuman yg seumpamanya. saya akan membekalkan air minuman 3 liter pada mereka yg telah mengesahkan kehadiran dlm senarai facebook.
Snak- anda kene bawa snek yg dicadangkan,jumlah snek yg hendak dibawa hanya untuk kegunaan sendiri (bawa lebih n belanja kawan boleh dapat pahala, hehehe) antara yg dicadang-buah prune, kurma,kismis, coklat, biskut bertenaga dll yg anda rasa boleh tambah power masa mendaki. Makan mlm akan disediakan kepada yg telah menempahnya, jadi jika anda ikut serta n tak buat tempahan tempat kenelah bawa makanan sendiri.

NOTA PENTING UTK SEMUA PESERTA:

Ahli Putrajaya Adventure Team sedia maklum yang aktiviti Rekreasi Luar melibatkan risiko. Pihak kami akan mengambil langkah dalam menguruskan Risiko setiap aktiviti yang dijalankan untuk Ahli.
Putrajaya Adventure Team dan agen yang dilantik tidak boleh dipertanggung jawabkan keatas kecederaan peribadi atau sebarang kehilangan yang disebabkan oleh tindakan ahli sendiri yang berlaku diluar dari kawalan kami.
Borang pelepasan yang disediakan kami atau agen-agen yang di lantik perlu di tandatangan sebelum memulakan sebarang aktiviti.
Putrajaya Adventure Team dan agen dilantik berhak untuk mengubah jadual berlepas dan tarikh tamat aktiviti, mengurangkan jumlah hari aktiviti atau apa yang berkaitan dimana perubahan cuaca, permukaan, laut, sungai, jalan raya, kesihatan peserta dan apa-apa yang berkaitan.

Tiada ulasan: