Rabu, 3 Mac 2010

Persiapan utk Day Hike..

Salam 1Malaysia, 

6hb Mac 2010 saya akan membawa rakan2 dari Putrajaya Adventure Team (facebook) mendaki Gunung Datuk, pada mereka yg pernah naik G datok , tahu yg menguji mental dan fizikal ialah setelah mula mendaki dlm 20 minit..... lepas tu mcm2 boleh jadi ada mengeluh, menyumpah, menyesal, membebel n segala macam mem.... Bagi kawan2 mendaki yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gunung Datuk adalah satu dari gunung yang digunakan untuk membuat latihan xpidisi mendaki ke Kinabalu, Tahan, Gunung2 di Banjaran Titiwangsa dan  lain2.
Jika anda telah mengambil keputusan untuk mengikuti trip nie, saya anggap anda telah terima cabarannya. saya akan cuba memberi penerangan mengenai persiapan utk trip nie.

Diri............. Bawa diri dengan sikap terbuka, kita nak beriadah untuk kesihatan sambil menikmati flora dan fuana di gunung datuk.

Kesihatan....Bab kesihatan nie perkara yg perlu diambil perhatian. jika anda menyertai pendakian ni saya beranggapan yg anda sihat dan tidak ada masaalah kesihatan kronik sehingga boleh merbahayakan diri sendiri dan rakan2. bagi mereka yg ada sakit seperti athma, darah tinggi, kencing manis, anda perlu membawa ubat sendiri dan maklumkan masaalah pada saya, supaya saya tahu bagaimana hendak bertindak apabila sesuatu berlaku pada anda(harap jangan la). yg sakit angau tu saya tak ade ubat tapi harap kawan2 dan alam sekeliling dapat mengubati anda.
Jika anda pernah melalui apa-apa pembedahan dalam tempuh enam bulan terdekat sila dapatkan nasihat dari doktor anda.
Pada mlm sebelum pendakian anda perlu minum air dengan banyak, sekurang 8 gelas sebelum tidor, minum supaya air dlm badan cukup dan anda tidak mengalami dihidrasi semasa pendakian.
Bagaimana anda tahu yg air dalam tu cukup?? caranya.. apabila anda membuang air kecil ,air kencing tu mesti jernih bukan kuning. kalau kencing air berwarna kuning ia makna air dalam badan kurang. Jadi kalau dapat, minum n pastikan air dlm badan cukup.
Salah satu tanda air kurang dalam badan ialah anda akan merasa sakit kepala.
Bab dihidrasi akan saya terangkan sebelum kita mendaki sabtu ni. Mendaki ni sebenarnya dapat memastikan kesihatan anda baik apabila selalu mendaki begitu juga ia dapat membantu mengurangkan

 Fizikal..... Pada jangkaan saya kumpulan nie terdiri dari tiga tahap kecergasan fizikal-Fit, Separuh fit dan Tak fit. untuk dua tahap tu saya tidak nampak masaalah. tapi yg masaalah ialah pada yg tak fit, nasihat saya ialah anda mengatur langkah kaki mengikut rentak anda. jangan risau kalau kawan2 lain akan tinggalkan anda, pasal saya akan pastikan ada sorang yg akan "sweep" (meneman org terakhir)di belakang kumpulan kita.
Jangan paksa diri anda jika rasa pendakian ni terlalu mencabar, berpatah lah balik, anda boleh cuba naik dilain hari sebab gunung nie tak kemana, yg penting anda tidak mengalami kecederaan otot apabila mula bekerja hari isnin nanti.

Pakaian..... Yg nie semua kene pakai...hehehehe k kalau anda ada baju yg dibuat dari bahan "quick dry" pakai lah tapi yg tak de. tak payah lah dibeli dulu. Pakai je t-shirt kapas yg warna cerah. Jangan pakai warna hitam nanti cepat panas n berpeluh. untuk kaum hawa pula , saya tak suka tengok anda memakai tudung warna hitam!!(bukan makna saya tak suka perempuan bertudung) kalau dapat pakai lah tudung yg warna cerah k.. padan kan dengan T shirt anda, supaya kelihatan cun semasa mendaki... Seluar-Ok guys/gals no jeans please pasal kat sana dah ramai "Jin bertendang"..heheheh pakai tracks atau seluar yg longgar.

Kasut........... Terbaik ialah "hiking boots" tapi kalau tidak ada tu pakai lah kasut sukan, jangan pulak pakai "high heels", "working shoes" atau "sandal".. berkaki ayam dilarang sama sekali melainkan anda berstatus Tok Batin.... Yang nak jaga keselamatan kaki pakailah "safety boots".... pasti kaki selamat...hahahahahah

Peralatan.....semua peserta mestilah membawa bag pack utk day hike nie, TOLONGLAH jangan bawa beg macam nak gi pasar. Anda perlu mengunakan kedua2 tangan ketika mendaki.
senarai peralatan lain:
(senarai dibawah ini merupakan senarai rujukan. anda sendiri menilaikan yg mana perlu dibawa)
  1. topi
  2. kasut mendaki
  3. lampu suloh kecil
  4. pisau kecil
  5. kit pertolongan cemas
  6. kamera
  7. radio kecil(dilarang utk mendengar radio semasa mendaki)
  8. pakaian utk balik( tinggal di bawah)
  9. selipar
  10. snak (ketika mendaki)
  11. pen n buku nota kecil
  12. gps
  13. bateri tambahan
  14. pelapik duduk
  15. hamock
  16. tali 6mm -panjang15meter
  17. bekas air (minum dan masak)
  18. baju hujan/payung
  19. beg plastik (spare)
Makanan.....Anda hanya perlu membawa Air utk mendaki , sebaik2nya minuman isotonik seperti 100plus, Gatorade, Revive dan minuman yg seumpamanya. saya akan membekalkan air minuman 1.5 liter pada mereka yg telah mengesahkan kehadiran dlm facebook.
Snak- anda kene bawa snek yg dicadangkan,jumlah snek yg hendak dibawa hanya untuk kegunaan sendiri (bawa lebih n belanja kawan boleh dapat pahala, hehehe) antara yg dicadang-buah prune, kurma,kismis, coklat, biskut bertenaga dll yg anda rasa boleh tambah power masa mendaki. Makan tengah hari akan disediakan kepada yg telah menempahnya, jadi jika anda ikut serta n tak buat tempahan tempat kenelah bawa makanan sendiri.

NOTA PENTING UTK SEMUA PESERTA:

Ahli Putrajaya Adventure Team sedia maklum yang aktiviti Rekreasi Luar melibatkan risiko. Pihak kami akan mengambil langkah dalam menguruskan Risiko setiap aktiviti yang dijalankan untuk Ahli.
Putrajaya Adventure Team dan agen yang dilantik tidak boleh dipertanggung jawabkan keatas kecederaan peribadi atau sebarang kehilangan yang disebabkan oleh tindakan ahli sendiri yang berlaku diluar dari kawalan kami.
Borang pelepasan yang disediakan kami atau agen-agen yang di lantik perlu di tandatangan sebelum memulakan sebarang aktiviti.
Putrajaya Adventure Team dan agen dilantik berhak untuk mengubah jadual berlepas dan tarikh tamat aktiviti, mengurangkan jumlah hari aktiviti atau apa yang berkaitan dimana perubahan cuaca, permukaan, laut, sungai, jalan raya, kesihatan peserta dan apa-apa yang berkaitan.

2 ulasan:

Bea!Peter86^,^ berkata...

1. topi
2. kasut mendaki
3. lampu suloh kecil
4. pisau kecil
5. kit pertolongan cemas
6. kamera
7. radio kecil(dilarang utk mendengar radio semasa mendaki)
8. pakaian utk balik( tinggal di bawah)
9. selipar
10. snak (ketika mendaki)
11. pen n buku nota kecil
12. gps
13. bateri tambahan
14. pelapik duduk
15. hammock
16. tali 6mm -panjang15meter
17. bekas air (minum dan masak)
18. baju hujan/payung
19. beg plastik (spare)

waaaa byk jg ni mo d bw... no1,2,3,6,8,9,10,11,17,18,19 jak y sy mungkin sy blh bw nt.. y lain2 tu compulsory ka jg tu mo d bw..??
plz reply me ok..

Sylvia S. Peter

Pendaki Putrajaya a.k.a Sifu/Chief berkata...

sylvia
sowi saya baru perasan soalan anda. K anda boleh bawa ape yg anda perlukan ketika membuat day hike. ape yg awak senaraikan dah mencukupi...gps n hammock tu sebenar nya tidak berapa penting jika awak mengikuti trip nie.
K kita jumpa ditrip tu nanti...