salam 1Malaysia, Apa khabar semua? Saya baru saje selesai menguruskan BBQ dan Hike Malam ke Gunung Nuang pada 27/28 mac 2010, setelah lebih 4 tahun tidak mendaki waktu malam nie saya sudah memulakan aktiviti kegemaran saya bersama rakan2 dari Putrajaya Adventure Team di Facebook.
perjalanan ini pada mulanya saya rancang utk dimulakan pada kul 10mlm tetapi ia hanya dapat dimulakan pada kul 12 tghmlm dgn aktiviti regangan otot. Namun perjalanan bermula kul 12.15tghmlm . Perjalanan ke Lolo seperti saya jangkakan akan terdiri dari dua kumpulan, anak sulong saya Ikhwan(wan botak)mengetuai kumpulan dihadapan dan dari dulu lagi saya menyokong pendaki yg berada dibelakang. Kumpulan kami sampai Lolo pada lebih kurang kul 2pagi dan kami membuat besecamp utk peserta yg tidak larat utk meneruskan perjalanan ke puncak.
Sebelum bergerak ke Dataran Pacat, kawan dijamu dgn mee segera dan saya telah mengisikan bekas air 6liter saya.
Ingat kan kederat masih kuat, tapi ini lah akibat kurang latihan fizikal. Perjalanan dari lolo ke pacat ia menjadi satu pendakian azab buat diri saya disebabkan penambahan 6 kilo air, malah lutut saya pun mula terasa sakit, sakit lama n sebab kurang latihan tubi utuk lutut.
Ada sorang pendaki yg menawarkan utk membawa beg galas saya, tetapi saya menolak sebab belum pernah lagi saya membiarkan kawan2 membawa beg saya walaupun ia akan melegakan perjalanan saya..
Tiba di Dataran Pacat lebih kurang 5.30pagi..sudah banyak berubah apabila sudah 4 tahun tidak kesini. Kami menyediakan sarapan utk kawan2 yg nak naik kepuncak. Saya mengambil keputusan utk tidak naik kepuncak kali ini sebab tidak mahu lutut saya cedera, lagipun bukan saya tak pernah ke Puncak Nuang, akan saya sampai apabila fizikal saya ditahap memuaskan.
semasa berehat di Dataran Pacat saya bertemu dgn kawan2 baru dan juga yg lama, begitu kecil dunia nie. Banyak2 tempat kat dataran pacat juga saya bertemu dgn kawan2 lama.
Apa yg saya perhatikan ketika di pacat, masih ramai pendaki yg mendaki tidak membawa bekalan air sendiri dan kalau bawa pun, air tersebut tidak cukup utk menampung keperluan individu utk mendaki dan menuruni puncak.
Dihidrasi adalah perkara yg boleh membawa maut tapi mcm mana nak salahkan dia org? Yang bersalah ialah ketua xpidisi dan juga guide yg membawa dia org sebab tanggung jawab ketua dan guide ialah utk memaklumkan kepada semua pendaki keperluan yang mesti ada semasa mendaki. Dan yg paling senonok saya lihat ialah pendaki2 yg memakai sandal dan selipar utk mendaki. Alhamdulillah hari tu tak hujan kalau tidak ada yg tangkap katak(jatuh) dan pijak ekor biawak(tergelincir) masa nak turun.
Pengajaran yg saya dapat utk trip ni ialah siapkan diri sendiri dan pastikan peralatan semua dibawa dan jangan harapkan org lain. Penat, lenguh dan mengantuk tu memang adat mendaki tapi itu lah yg sering dicari oleh pengemar mendaki.
WE ARE FROM A DIFFERENT BREED
Tiada ulasan:
Catat Ulasan