Blog ini disediakan untuk semua yang meminati aktiviti rekreasi, juga bagi mereka yang sedang mencari aktiviti untuk menjaga kesihatan sendiri mahupun keluarga...saya juga akan komen ape2 berita, dan topik2 semasa yg berkaitan dgn rekreasi.. semua ini utk kebaikan n renungan kita bersama.
Sabtu, 20 Februari 2010
Memileh......
Hampir sebulan aku tidak menulis dalam blog aku ini. Ini tidak bermakna aku tidak membuat ape2, selama hampir sebulan ini macam-macam telah terjadi. Antaranya sepupu lelaki disebelah ibu telah bernikah sekali lagi, semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Kaum cina telah menyambut raya mereka n ramai yg mati kemalangan jalanraya. Tetapi berita gembira yg aku dapat dari anak sulong ku, aku akan mendapat gelaran Datok hujung tahun nie. Alhamdulillah shukor kehadrat Ilahi atas rezeki yg di limpahnya.
Aku telah berjaya melatih anak ku yg no 4 untuk membuat "Lead Climbing", dan adiknya no 5 pula semalam 19/2/2009 juga telah membuat "Lead Climbing".Alhamdulillah anak-anak lelaki ku seramai 5 orang semua meminati sukan lasak.....
Sepanjang hampir sebulan nie aku kerap memanjat tembok mendaki di Taman Cabaran Putrajaya aku telah bertemu ramai kawan2 yg meminati aktiviti yg sama.
Selain itu aku juga sempat membuka page dalam Facebook untuk Putrajaya Adventure Team. Semua yg meminati aktiviti rekreasi dijemput untuk menyertainya.
Hampir setahun aku tidak hiking jadi hari ini 20/2/2010 bermulalah sessi latihan hiking ke basecamp Lolo Gunung Nuang. memang tidak susah hiking ni. tetapi jika tidak ada latihan n persiapan benda senang akan menjadi susah. Aku hiking bersama anak2, rakan2 pendaki dan rakan jaringan sosial yg ku kenali. semuanya seramai 10 orang termasuk diri ku.... Semua selesai dengan baik... Thanks to you all......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan